Thursday, October 28, 2010

selamanya

akhirnya cinta itu milikku
setelah lama aku tunggu

moga ini yang terakhir
satukan hati kami ya Allah

jangan kau pesongkan perasaan ini ya Allah
perasaan yang telah kau ciptakan untuk kami berdua

dekatkan kami dengan rahmat MU
jauhkan kami dari azabMu'


hati i milik u selamanya insyallah ....

Saturday, October 23, 2010

terlambat mengerti....

kalau awak cakap kat saya jangan pergi
saya tak kan pergi
kalau awak cakap kat saya jangan tinggalkan awak
saya tak kan tinggalkan
kalau awak cakap awak tak boleh kehilangan saya
saya tak kan biarkan awak keseorangan....

tapi....
semua telah berakhir
awak biarkan saya pergi
awak biarkan saya tinggalkan awak
awak biarkan saya hilang dalam hidup awak

saya cuma mahu awak cakap
betapa awak perlukan saya
betapa cinta awak hanya untuk saya...
dan awak untuk saya....

tapi..
semua lambat untuk dimengerti....

Saturday, October 9, 2010

!!

Teacher's Pet

Kasih (Ku Pinjam Wajah Mu)

Kemana jua aku mengarah
Pandangan ku menggambarkan wajahmu
Oh! Kasihku dilangit tinggi
Di lautan yang sedang menari

Biarpun aku memejam mata
Pandangan masih menggambar wajahmu
Berseri dicermin hati
Di taman impian yang kuimpikan

Kasih wajah kau ku jadikan
Azimat penguat semangat
Bisaku gagahi cabaran yang datang

Kasihku harap kau sudi maafkan aku yang meminjam
Wajahmu mengisi kekosongan hati
Diriku yang semakin tenggelam
Kedasar sepi yang tak bertepi
Diriku yang semakin tenggelam
Ke dasar cinta yang tak bertepi

Biarpun aku memejam mata
Pandangan masih menggambar wajahmu
Berseri dicermin hati
Di taman impian yang kuimpikan

Kasih wajah kau ku jadikan penyuluh
Pabila malam gelap menyelimuti
Kembara ku menjejak bahagia
Dengan bayang malam ditindih malam
Memerah ke titis akhir ketulusanku

Diriku yg semakin tenggelam
Kedasar sepi yang tak bertepi
Diriku yang semakin tenggelam
Kedasar cinta yang tak bertepi
Kasih ku pinjam wajahmu

perpisahan

bila saat ini kau tahu ia akan berakhir
haruskan biarkan berlalu tanpa mengucapkan kata pergi
tidak mahukah kau pandang seketika matanya
ingat detik indah kalian berdua
yang tidak mungkin akan berulang
tidak mahukah kau ucap kata maaf
kerana janjimu untuk menjaganya seumur hidup terkatup sampai disini
tidak mahukah kamu gengam hangat tangannya
merasa cebis cintanya mungkin masih tersisa untukmu
hakikatnya perpisahan itu pasti tapi mungkin caranya berbeza

perpisahan mati lebih indah dari hidup....



untuk kamu**KF

Friday, October 8, 2010

pilihan

kalau dalam hidup pilihan tak pernah wujud apa akan jadi?
kalau dalam hidup yang ada cuma satu perkara bukan dua mahu tiga,empat dan lima apa akan jadi?
kalau dalam hidup yang satu yang paling baik mesti yang kedua tidak pernah jadi terbaik

tapi hakikatnya dalam hidup ini seringkali kita ketemu pilihan
pilihan yang kadang kala menyesakkan
pilihan yang kadang kala buat kita keliru
pilihan yang kadang kala tiada satu yang kita mahu

mahu atau tidak itulah hidup

itulah pilhan yang ada.

Tuesday, October 5, 2010

pengharapan

yakin hati aku milik kamu
hakiki dan selamanya

tanpa ragu
satu saat mungkin aku akan hilang
lari jauh dari kamu
tinggalkan rasa itu

tapi lelaki
kamu memberi harapan
dan kamu yang nafikan perasaan

setelah yang selamanya
kau yakin aku milik kamu

Sunday, October 3, 2010

kesayangan...

aku ada banyak pilihan dalam hidup
mereka yang faham aku
mereka yang mengerti aku
mereka yang dapat kawal amarah aku
mereka dapat menahan tangis aku
mereka yang dapat buat aku ketawa
mereka meraka yang dapat membahagiakan aku

tapi kenapa aku memilih kamu
manusia yang beku
manusia yang kaku
manusia yang pelik

tapi jawapan yang tetap sama
kamu adalah aku
kesayangan dan kecintaan
tuhan telah beri rasa kamu untuk aku
tidak dapat dilepasakan
tidak dapat dinafikan
dan hakikat itu aku memilih kamu bukan dia..bukan segalanya