Sunday, October 30, 2011

syukur.

terlalu banyak khilaf dalam diri ini. terkadang aku mahu putar waktu agar aku dapat aku baiki segalanya menjadi sempurna. Ya itu betul dalam dunia mana ada yang sempurna,aku akur cuma mahu berfikir bagaimana mahu mencapai keadaan yang lebih baik. Terlalu banyak benda yang patut aku bersyukur tapi mungkin aku terlupa atau silap sendiri yang sangat tidak mahu menghargai hidup dengan sempurna. Lama sudah tidak menulis, bercerita isi hati untuk melegakan diri.

aku patut bersyukur kerana aku dikurniakan segalanya dalam hidup yang paling berharga keluargaku..
senarai syukur yang sering aku lupakan..Allah maafkan aku..terkadang sifat manusia

bersyukur kamu masih ada keluarga sempurna mungkin kadang-kadang ada yang tidak kena,Ya dalam dunia ini mana ada yang sempurna kecuali Allah s.w.t
Aku mahu terus perbaiki diri aku mahu kenal diri aku mahu dekat kembali dengan penciptaku..aku takut..mati itu bila-bila seperti kata ibu yang sering mengingatkan anak-anaknya tentang kematian. Ibu thanx for everything..ibu terbaik yang aku ada di dunia,aku harap ibu aku akan menjadi ibu aku di syurga..

bersyukur kamu masih ada adik beradik.mungkin kadang-kadang ada yang tidak sekata.tapi kita lahir dari perut yang sama. nama abah kita sama.jadi tentulah kita sedarah dan sedaging. jika ada yang cemburu atau anggap ibu abah pilih kasih, itu perasaan busuk yang harus di buang jauh-jauh..

kasih sayang ibu abah itu sama.yang membezakannya adalah kita.sengaja menjauh menganggap ibu abah pilih kasih padahal dibahaginya samarata.maka fikirkan bila mahu berkata-kata. aku harap rasa itu jauh-jauh pergi. mohon lindungi rasa itu juga untuk adik-beradik yang lain.

segalanya perlu bersyukur. lari tinggalkan segala salah kamu lakukan.cuba cari titik permulaan baru.