Sunday, November 22, 2009

k.a.m.u

khabar padanya
cinta aku telah susut
hilang dan surut
aku tak tahu kemana menghilang
tiba-tiba
datang
tiba-tiba pergi

Monday, August 17, 2009

kosong

bila kita tak mengerti apa yg jiwa kita rasa
bila kita tak fahami apa yg ada dalam minda
bila kita kosong untuk berbicara

kata akan itu
kau rasa terbaik untuk seketika
biar dia bercelaru kau akan faham untuk saat itu

aku susah percaya takdir
aku susah terima nasib
aku susah untuk semua itu

percaya pada sang pencipta
sudah direncana apa yang terbaik untukmu
sudah diletakkan kisah hidupmu di satu-satu buku
setiap helaian sudah dikarangnya
cuma kita kurang kuasa
untuk menunggu...bilakah babak seterusnya.....

Wednesday, July 22, 2009

jiwa kacau..

aku tidak mengerti apa yang kau mahu
aku tidak tahu apa dosa dan salahku padamu
kau pernah tanya apa takdir tuhan untukmu

kau selalu memperbetulkan keadaan yang pesong
kau selalu letak masalah di otak yang kau rasa perlu

tidak pernah kau kasihan dengan mereka yang mahu hidup aman
hanya kerana egomu sekeras batu
kau campak niat-niat realistik dalam laut dipenuhi mayat busuk

*sampai juga hatimu rakan*

*sedih*

*benci*

buat rakan yang terkena aku harap kau senyum ketemu makhluk ini~
hanya senyum dan sabar kau akan rasa kau menang*

Tuesday, July 21, 2009

kegilaan perempuan itu..

kau bagi aku semua kehendak perempuan
aku tau cari atasinya
kau letak aku dalam dunia perempuan itu
aku tau keindahannya..

kegilaan seorang perempuan
bila dapat apa yang dia rasa.. dia ingin
kegilaan seorang perempuan itu
bila dia tahu dia seorang perempuan yang normal dengan kecintaan keindahan..

Thursday, July 16, 2009

sudah lama..

sampai sudah waktu ku untuk bercerita.lam ku biarkan entri ini kosong tidak berisi. aku tidak sibuk mane pun hanya buat2 sibuk..huhuhu
berbalik ku soalkan tentang makna hormat..aku pelik kenapa masih wujud lagi manusia yang tuli untuk menghormati. mereka ini seolah-olah tuan punya hidup. menentukan apa2 ikut kepala otak sendiri. aku benci dengan spesis ini.
semalam semasa clas aku sendiri malu..kerana aku berkawan dengan manusia yang keras kepala dan tidak pandai berbahasa. ikutkan hati mahu sahaja ku koyakkan mulutnya saat itu. jijik aku dengan golongan ini. besar sangatkah pangkatnya. asal tanah yang dipijak jugak x perlu engkau membangga diri.
lagi satu spesis yang buat aku pelik spesis yang merasakan diri mereka sahaja yang benar dan tepat. bagiku kau x layak duduk di muka bumi oleh kerana egomu yang tinggi melangit.
mudah menghukum orang tanpa sebab. xpernah menilik diri sendiri. hanya berpegang pada " aku sorang saje betul" orangkah tu....tanya lah kalian punya diri...

Sunday, July 5, 2009

P.R.O.B.L.E.M

aku tak mahu mati keran kecewa ini
tolong tunjukkan aku simpang untuk aku temu bahagia..
aku betul-betul buntu..
kau tolong pergi jauh-jauh dari aku
nafasku tidak boleh menerima kehadiranmu..
pergi..

makhluk kepala tiga

pernah tak korang jumpe jenis2 orang macam ni :

a) rasa bagus dalam setiap perkara

b) nak orang yang kawan dgn dia ikut cakap dia.

c) benda yang kecik dia pikir macam nak pecah otak (eklehhhhhhh padahal bnda tu smal mater je).

d) suke cakap bongg bang..bong bannnggg padahal alih2 nyusahkan orang kat sekeliling gak..

e) yang paling penting bg dia sume orang kat sekeliling dia ,dia nk kutuk n x puas hati..~ aduyaiiii~

f) depan ni dia ckp pasal si a kat si b..pastu dia ckp bnda lain lak kat si b tntg a..

ini baru sebahagian aku tulis ade byak lagi..jika anda terjumpa dgn makhluk tuhan berkepala tiga ini sia hantarkan kat poskod 24434..supaya dia sdar ckit yg dia tu hidup bermasyarakat..hahahha..aku tension laaaaa ngn makhluk ni..nak halau tetap menempek..so diam n doakan laaa yg baik2..walaupun dlm hati ade gak bnda jahat nak kutuk koooooo..wahai makhluk kepala 3!!

Wednesday, July 1, 2009

aku suka spongebob :)

kenapa aku suka spongebob..

- comel
- suka buat orang sekeliling dia gembira
- sedar tak walaupun spongebob ade big prob dia still leh tersenyum n buat lawak
- sangat jga hati kawan -kawan dia
- walaupun kadang2 nmpak dia bodoh tp aku tau dia sengaja x mau tnjuk pandai..huhuhu
- walaupun patrick suke memang jenis blurrrrrr spngebob still kwan dgn dia
- en krab yg kedekut dan suke gnakan spngebob dia stil hormat
- sqickwrd yg menjengkelkan tetap spngebob kwn wlaupun dia mmg selalu disakiti..

~~~~~~~~~~~inilah spongebob aku~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, June 24, 2009

di ruang jari kecil ini..

di ruang jari kecil
aku nampak bentuk cinta...
indah dan tersenyum...

Tuesday, June 23, 2009

wanita ini seperti memakai topeng??dan menunggu seseorang membukanya...


kepada rakanku yan santo..


aku tidak pernah melihat kewujudanmu

mendengar hela nafasmu

merasai kocak jiwamu..


kita bertemu hanya di atas zarah-zarah pelik

bergaduh dan merendahkan

tersenyum dan ketawa


kau kata aku bertopeng

dan seluruh kaumku juga..


kau suka atau cerca

tapi sejak kau sebutkan..

aku turut sibuk memutarkan otakku

mencari jawapan terhadap topengku


kau jahat

kau sudah nyatakan niatmu

hancurkan hati kaum ku kerana kecewaan mu


aku tunggu juga siapa yang dapat membuka topengku..(jika banar aku itu)

dan aku juga menanti siapakah gerangan perawan yang bijak melunturkan egomu..

antara aku dan engkau

egomu lebih tinggi dari everest..

Friday, June 19, 2009

akukah itu.....


apa yang kau fikirkan..

aku mahu jadi watak itu..

kau ni manusia paranormal..

fikirkan jauh langkau dari tujuan hidup


apa yang kau fikirkan..

aku ingin selam otakmu

biar ku tahu isi hatimu...

kau manusia pelik


apa yang kau fikir

aku lelah dengan telahan ku

adakah sebenarnya aku berada dipenjuru sudut jiwamu..

dan adakah aku itu..


Monday, June 15, 2009

orang yang tepat

hati ini jangan menangis lagi..
cuba kau tersenyum
pandang langit biru..
rasakan kau masih ada lagi mereka-mereka yang sayang padamu

jangan kau kecewa dengan cinta yang lalu
kau masih ada peluang dan ruang
kau masih ada kesempatan
kau masih ada subur kasih
kau masih ada semuanya
dan kau berhak untuk bercinta

biarkan mereka
dengan kasih cinta yang mereka cipta
biarkan mereka dengan mimpi indah yang mereka untai
biarkan....

semoga mereka ketemu ruang itu
ruang cinta sejati
ruang mengenal sesuci hati

cinta akan mekar harum semerbak kasturi
bila cinta itu masih bersisa pada orang-orang yang tepat untuk bercinta.......

Tuesday, June 2, 2009

bila keyakinan semakin pudar dalam sebuah ikatan...
aku sering tertanya kenapa cinta boleh pudar dan menjadi hilang..bukankah cinta itu boleh terus mekar dan harum sehingga ke akhirr hayat..ini mungkin teori aku..kerana secara jujurnya..aku masih tercari-cari cinta sejati..termanggu mempercayai cinta..ya aku akui aku pernah bercinta..tapi aku masih buntu untuk merasakan benarkah itu cintaku...atau itu sekadar permainan hidup untuk membuatkan aku menjadi lebih kebal melawan erti sebenar hidup....atau yang nyata aku sebenarnya takut untuk menerima perasaan cinta..
aku ralat membaca kisah perpisahan..aku juga pernah melalui detik itu..dan kan ku nyatakan perasaan ku pada saat itu betapaa pedih..kecewa..dan sakit sekali..tapi sayang..aku hanya merasakan sedetik cuma..kerana aku berfikiram bahawa cinta itu bukan milikku..dan aku pelik..mungkin ini adalah takdir yang tercipta untukku..bertemu dan bercinta pada tempat yang salah dahulu...betulkah
pelik..cinta yang terbina berpuluh-puluh tahun juga boleh hilang dengan sekelip mata..kenapa???
adakah cinta satu benda yang boleh dicampak???

Friday, March 27, 2009

kau rasa...

kau rasa..
kau yang terbaik..
kau rasa kau yang terhebat pada satu-satu masa..
kau rasa kau yang teridah..
kau rasa kau yang bertuah..
tapi pernahkah kau fikir tentang mereka..
hinanya mereka dimata kau..
jengkilnya kau pada mereka..
diri mereka bagimu tidak berguna...
tapi aku pelik..
kau bodoh rupanya....
kau tidak sedar apa yang kau ada...
rupa-rupanya kau lagi teruk dari mereka....
hipokrasi mu...buat aku terkedu..
kaulah orang yang tidak sedar diri itu..
maafkan ku dengan kelancanganku...
tapi itu hakikat yang aku perlu bagi tahu...

Tuesday, March 24, 2009

alangkah indahnya...

alangkah indahnya...
aku jadi seperti kanak-kanak kembali..
riang berlari..kesana-kemari..
duduk mendongak kelangit..
melihat alam berwarna-warni..
hanya berfikir apa yang perlu aku lakukan esok..
alangkah indahnya..
aku menjadi seprti kanak-kanak
tidurku didodoi ibu..
lenaku didakapan abah..
indahnya detik itu..
kalau aku ada kuasa sakti..
akan ku wujud alam ini menjadi dua dan tiga..
agar dapatku bernafas di bumi yang berbeza...
itu tak mungkin..
dan takan berlaku...
aku rindu saat itu............

kehendak yang tak dipenuhi..

jenis manusia memang tidak pernah puas pada sesuatu perkara..
seringkali melawan hakikat..
apa sebenarnya yang dicari dalam hidup.
hidup.. kau begitu ..kau begitu pelik...
aku benci pada takdir..
kenapa tidak pernah menyebelahi ku..
jahat sangat kah aku pada hayat yang lalu...
aku bosan dengan semua ini..
ingin sahaja aku menjadi orang yang selalu pesimis pada hidup..
aku benci..aku bemci..
kenapa aku tidak boleh jadi seperti apa yang aku impikan...argghhhhhh
dimanakah tempat aku disini..
aku buntu mencari jalan keluar..
adakah banyak jiwa telah aku sakiti..
di lewat-lewat hidupku..
maaf sang pecinta..jika aku mencemuh cinta mu..bukan aku tidak sudi..
tapi hakikatnya aku tak bersedia..
maaf kawan jika aku menjelik karektor mu..
bukan aku tak mahu..tapi aku jujur..
aku benci bermuka-muka..
bermain kata..menjaga hati..
kerana terlampau banyak hati dijaga aku menjadi semakin derita...
aku jadi semakin layu..dalam diriku..sendiri..

Saturday, March 21, 2009

puisi sepi

aku duduk diam-diam..
di penjuru dua alam yang kelam..
menghitung detik waktu..
sampai bila kita perlu bertemu..
jiwa..
kata kosong untuk cinta tercipta..
hati kata tidak mungkin kau dan aku berdua..
jika kau bingung..
jangan berbicara tentang dunia..
manusia suka mengukir janji..tapi tidak pernah sekali
terpatri....