
kepada rakanku yan santo..
aku tidak pernah melihat kewujudanmu
mendengar hela nafasmu
merasai kocak jiwamu..
kita bertemu hanya di atas zarah-zarah pelik
bergaduh dan merendahkan
tersenyum dan ketawa
kau kata aku bertopeng
dan seluruh kaumku juga..
kau suka atau cerca
tapi sejak kau sebutkan..
aku turut sibuk memutarkan otakku
mencari jawapan terhadap topengku
kau jahat
kau sudah nyatakan niatmu
hancurkan hati kaum ku kerana kecewaan mu
aku tunggu juga siapa yang dapat membuka topengku..(jika banar aku itu)
dan aku juga menanti siapakah gerangan perawan yang bijak melunturkan egomu..
antara aku dan engkau
egomu lebih tinggi dari everest..
geli2
ReplyDelete