Wednesday, June 24, 2009

di ruang jari kecil ini..

di ruang jari kecil
aku nampak bentuk cinta...
indah dan tersenyum...

Tuesday, June 23, 2009

wanita ini seperti memakai topeng??dan menunggu seseorang membukanya...


kepada rakanku yan santo..


aku tidak pernah melihat kewujudanmu

mendengar hela nafasmu

merasai kocak jiwamu..


kita bertemu hanya di atas zarah-zarah pelik

bergaduh dan merendahkan

tersenyum dan ketawa


kau kata aku bertopeng

dan seluruh kaumku juga..


kau suka atau cerca

tapi sejak kau sebutkan..

aku turut sibuk memutarkan otakku

mencari jawapan terhadap topengku


kau jahat

kau sudah nyatakan niatmu

hancurkan hati kaum ku kerana kecewaan mu


aku tunggu juga siapa yang dapat membuka topengku..(jika banar aku itu)

dan aku juga menanti siapakah gerangan perawan yang bijak melunturkan egomu..

antara aku dan engkau

egomu lebih tinggi dari everest..

Friday, June 19, 2009

akukah itu.....


apa yang kau fikirkan..

aku mahu jadi watak itu..

kau ni manusia paranormal..

fikirkan jauh langkau dari tujuan hidup


apa yang kau fikirkan..

aku ingin selam otakmu

biar ku tahu isi hatimu...

kau manusia pelik


apa yang kau fikir

aku lelah dengan telahan ku

adakah sebenarnya aku berada dipenjuru sudut jiwamu..

dan adakah aku itu..


Monday, June 15, 2009

orang yang tepat

hati ini jangan menangis lagi..
cuba kau tersenyum
pandang langit biru..
rasakan kau masih ada lagi mereka-mereka yang sayang padamu

jangan kau kecewa dengan cinta yang lalu
kau masih ada peluang dan ruang
kau masih ada kesempatan
kau masih ada subur kasih
kau masih ada semuanya
dan kau berhak untuk bercinta

biarkan mereka
dengan kasih cinta yang mereka cipta
biarkan mereka dengan mimpi indah yang mereka untai
biarkan....

semoga mereka ketemu ruang itu
ruang cinta sejati
ruang mengenal sesuci hati

cinta akan mekar harum semerbak kasturi
bila cinta itu masih bersisa pada orang-orang yang tepat untuk bercinta.......

Tuesday, June 2, 2009

bila keyakinan semakin pudar dalam sebuah ikatan...
aku sering tertanya kenapa cinta boleh pudar dan menjadi hilang..bukankah cinta itu boleh terus mekar dan harum sehingga ke akhirr hayat..ini mungkin teori aku..kerana secara jujurnya..aku masih tercari-cari cinta sejati..termanggu mempercayai cinta..ya aku akui aku pernah bercinta..tapi aku masih buntu untuk merasakan benarkah itu cintaku...atau itu sekadar permainan hidup untuk membuatkan aku menjadi lebih kebal melawan erti sebenar hidup....atau yang nyata aku sebenarnya takut untuk menerima perasaan cinta..
aku ralat membaca kisah perpisahan..aku juga pernah melalui detik itu..dan kan ku nyatakan perasaan ku pada saat itu betapaa pedih..kecewa..dan sakit sekali..tapi sayang..aku hanya merasakan sedetik cuma..kerana aku berfikiram bahawa cinta itu bukan milikku..dan aku pelik..mungkin ini adalah takdir yang tercipta untukku..bertemu dan bercinta pada tempat yang salah dahulu...betulkah
pelik..cinta yang terbina berpuluh-puluh tahun juga boleh hilang dengan sekelip mata..kenapa???
adakah cinta satu benda yang boleh dicampak???