Thursday, December 22, 2011

detik

hingga detik ini aku menjadi sangat rindu kamu 
dan aku berharap rasa ini akan pudar
supaya aku dapat terus menerus hidup 
tanpa ada cinta terhadap kamu

sesungguhnya kalau hati ini boleh nampak 
mesti tercatat banyak rasa
dan yang paling sakit 
bila hati berkata

"aku lelah menunggu kamu"

Tuesday, December 13, 2011

diri

sampai satu saat kau tidak mampu lagi menahan semuanya. kau tidak mampu lagi menghulurkan kasihan mu. dan kau tidak mampu lagi membantu.

aku juga manusia biasa ada masa aku perlukan runag dalam diri. aku juga mahu menyatakan rasa cinta. rasa sakit. rasa pedih kepada kamu semua. alangkah indahnya aku juga mampu meluahkan apa yang aku rasa seperti mana kamu meluahkan segalanya tentang kepahitan hidup kesedihan hari- hari mu dan keindahan cinta. aku juga mahu. seperti kamu yang sentiasa mermerlukan aku tanpa kira waktu untuk meluahkan segalanya tentang rasa mu. aku ini hanya biasa. tiada luar biasa. aku hanya mendengar, mermerhati dan memahami. aku akan bertanya jika tidak jelas dan menolak jika salah. ini mungkin kurniaan tuhan, kerana aku tercipta memahami kamu semua, mendengar segalanya..tapi sampai satu saat aku tercari dimanakah aku tempatkan diriku. dimanakah aku mahu meluahkan segala yang terbungkam dihati. pada siapa...persoalan itu terus bermain di minda aku :( maaf diri aku tidak mampu ..

Thursday, November 3, 2011

kahwin oh kahwin

entri ditulis semasa fikiran muda yang berumur 23 tahun ini celaru tentang jodoh dan perkahwinan..haha

aku tak tahu kenapa ibu sibuk benar suruh kahwin. logik akal 23 baru. ibu alang muda lagi. masih ada waktu untuk enjoy. bercuti dengan kawan -kawan. atau keluar makan Mcd bila balik teluk intan.
tapi ibu terus-terusan dengan agenda "KAHWIN" awalnya.

bingung atau lebih tepat blurr kenapa aku?

aku bukan tak nak tapi aku tak bersedia
aku bukan tak nak tapi calon aku tak da
aku bukan tak nak tapi aku tak pasti mereka yang ada tepat untukku
aku bukan tak nak tapi masih banyak perlu aku cari
aku bukan tak nak tapi aku tak pasti
aku bukan tak nak tapi aku perlu stabilkan diri

senang cakap aku takut dan tak tau

habis cerita aky cakap kat ibu nanti dulu
hatiku nak kejar dulu tuntutan dunia
baru ku fikir sempurnakan sebahagian agamaku
aku pun nak jadi isteri terbaik dari segalanya
aku juga mahu rebut nikmat syurga
aku juga mahu jadi isteri kepada suamiku di syurga

susahkan...

banyak lagi perlu di topup dalam diri
maaf zaman sekarang bukan cinta hakiki banyak sangat
jadi kena berhati-hati
bukan pesimis
cuma tidak mahu susahkan diri

jadi...

sabar masa itu akan tiba
ibu sabar

Sunday, October 30, 2011

syukur.

terlalu banyak khilaf dalam diri ini. terkadang aku mahu putar waktu agar aku dapat aku baiki segalanya menjadi sempurna. Ya itu betul dalam dunia mana ada yang sempurna,aku akur cuma mahu berfikir bagaimana mahu mencapai keadaan yang lebih baik. Terlalu banyak benda yang patut aku bersyukur tapi mungkin aku terlupa atau silap sendiri yang sangat tidak mahu menghargai hidup dengan sempurna. Lama sudah tidak menulis, bercerita isi hati untuk melegakan diri.

aku patut bersyukur kerana aku dikurniakan segalanya dalam hidup yang paling berharga keluargaku..
senarai syukur yang sering aku lupakan..Allah maafkan aku..terkadang sifat manusia

bersyukur kamu masih ada keluarga sempurna mungkin kadang-kadang ada yang tidak kena,Ya dalam dunia ini mana ada yang sempurna kecuali Allah s.w.t
Aku mahu terus perbaiki diri aku mahu kenal diri aku mahu dekat kembali dengan penciptaku..aku takut..mati itu bila-bila seperti kata ibu yang sering mengingatkan anak-anaknya tentang kematian. Ibu thanx for everything..ibu terbaik yang aku ada di dunia,aku harap ibu aku akan menjadi ibu aku di syurga..

bersyukur kamu masih ada adik beradik.mungkin kadang-kadang ada yang tidak sekata.tapi kita lahir dari perut yang sama. nama abah kita sama.jadi tentulah kita sedarah dan sedaging. jika ada yang cemburu atau anggap ibu abah pilih kasih, itu perasaan busuk yang harus di buang jauh-jauh..

kasih sayang ibu abah itu sama.yang membezakannya adalah kita.sengaja menjauh menganggap ibu abah pilih kasih padahal dibahaginya samarata.maka fikirkan bila mahu berkata-kata. aku harap rasa itu jauh-jauh pergi. mohon lindungi rasa itu juga untuk adik-beradik yang lain.

segalanya perlu bersyukur. lari tinggalkan segala salah kamu lakukan.cuba cari titik permulaan baru.

Friday, August 5, 2011

REDHA

HIJRAH ATAU PERUBAHAN



aku tahu Allah selalu menyayangiku

lihat ujianNYA tidak pernah putus -putus pada ku

DIA kehendak kan aku selalu ingat padaNYa

ALLAH...

Tidak mahu aku jauh darinya
ALLAH tahu segalanya

ya ALLAH

Aku mohon kepadaMU di Barakah Ramadhan bulan untuk ku

permudahkan segalanya
amin..
Belajar lagi untuk redha
Belajar untuk menginsafi diri ini
Belajar untuk diri sendiri

Wednesday, August 3, 2011

HORMAT MANUSIA YANG TAHU HORMAT ORANG LAIN

berlawan biarlah dengan orang yang tepat
jika tidak hasil itu sia - sia
kemenangan itu memalukan


jika orang kata berdiam itu lebih baik
aku mahu lihat keadaan

jika makin diam makin dipijak
maaf aku tidak teragak-agak

kalau boleh tidak ingin langsung melayan
tapi sesuatu mungkin harus di sedar

kalau berterusan sampai bila harus ditindas
wanita dulu boleh kau anggap lemah
zaman sekarang tidak patut dituntut teori culas
yang hanya untuk

orang yang kurang akal
semat di minda kamu

nah sekarang aku masih tetap berpegang pada itu

hormat manusia yang tahu hormat manusia lain




**SEKIAN**

Tuesday, July 19, 2011

IBU..ABAH


bila lihat muka abah hati sayu
bila lihat muka ibu hati sedih

mereka berdua sudah makin meningkat detik kelahiranya
abah semakin menampakkan urai-urai putih di celah kepala

mungkin ibu masih muda..tapi hakikatnya jiwa mula mecari maha pecipta
diletakkan dahi selalu di lapikkan sejadah..memohon kemudahan hidup untuk suami dan anak

abah lagi 2 tahun mahu menghabiskan tugasnya sebagai pendidik
mencurah keringat tidak kira pagi petang atau malam
amanah katanya...wajib untuk dilunaskan

kedua-dua mereka..hanya menjalankan sisa amanah allah kepada mereka...

amanah lain..
yang sangat berat
yang sangat pahit untuk ditanggung
yang sangat manis untuk diingati

amanah itu adalah ANAK-ANAK

tujuh kesemuanya..

"tugas abah menjadikan kamu manusia sudah selesai bila kamu sudah matangnya"
"ibu berusaha menjadikan anak ibu manusia.."

dalam hidup ini banyak yang perlu dikorbankan
dalam hidup ini juga tidak semua yang di mahukan kita akan dapat

adakalanya hidup seperti satu penghukuman
menjadikan kita terseksa dan menangis
tapi tahukah kita setiap apa yang berlaku mempunyai sebab..

ibu..abah...

terlalu banyak perkara yang ibu dan abah lalui
terlalu banyak derita
terlalu banyak kesakitan


kami dah besar..ibu abah
kita pernah susah
kita selalu menangis

keperitan mengajar kita untuk berusaha melawan kesusahan


ibu abah
tidak mahu rasanya melihat susah bertemu kita lagi
tidak mahu melihat ibu menangis
tidak mahu abah susah hati

ini janji kami
kami tak akan buat kalian susah hati lagi!

Sunday, May 15, 2011

TAARE ZAMEEN PAR


tidak semua dilahirkan ada bintang dalam diri  
lemah benar tak bereti kalah
andai hari ini bukan milik kita
esok masih ada

tuhan tidak pernah lupa
setiap manusia diberikan seindah kejadianNYA


TAARE ZAMEEN PAR

Kasih sayang . Kenyataan . dan  Kisah Hidup

mungkinkah ada babak anda



Saturday, May 14, 2011

bukutipu!

 OK! saya terlampau sibuk ** pura-pura sibuk 
dah lama tidak main tulis-tulis
terlampau banyak saya ingin conteng atas buku tipu ini
 terlampau banyak saya ingin angan-angan kan dalam buku tipu ini
  banyak sangat :(

Saturday, March 26, 2011

SALAH!

"Perempuan bercinta dengan ego perasaan
Sementara lelaki bercinta dengan rasional akal.



aku ambil kata-kata ini dari Forum Tentang Cinta my fav page..
dan yang boleh aku katakan....SALAH!