bila lihat muka abah hati sayu
bila lihat muka ibu hati sedih
mereka berdua sudah makin meningkat detik kelahiranya
abah semakin menampakkan urai-urai putih di celah kepala
mungkin ibu masih muda..tapi hakikatnya jiwa mula mecari maha pecipta
diletakkan dahi selalu di lapikkan sejadah..memohon kemudahan hidup untuk suami dan anak
abah lagi 2 tahun mahu menghabiskan tugasnya sebagai pendidik
mencurah keringat tidak kira pagi petang atau malam
amanah katanya...wajib untuk dilunaskan
kedua-dua mereka..hanya menjalankan sisa amanah allah kepada mereka...
amanah lain..
yang sangat berat
yang sangat pahit untuk ditanggung
yang sangat manis untuk diingati
amanah itu adalah ANAK-ANAK
tujuh kesemuanya..
"tugas abah menjadikan kamu manusia sudah selesai bila kamu sudah matangnya"
"ibu berusaha menjadikan anak ibu manusia.."
dalam hidup ini banyak yang perlu dikorbankan
dalam hidup ini juga tidak semua yang di mahukan kita akan dapat
adakalanya hidup seperti satu penghukuman
menjadikan kita terseksa dan menangis
tapi tahukah kita setiap apa yang berlaku mempunyai sebab..
ibu..abah...
terlalu banyak perkara yang ibu dan abah lalui
terlalu banyak derita
terlalu banyak kesakitan
kami dah besar..ibu abah
kita pernah susah
kita selalu menangis
keperitan mengajar kita untuk berusaha melawan kesusahan
ibu abah
tidak mahu rasanya melihat susah bertemu kita lagi
tidak mahu melihat ibu menangis
tidak mahu abah susah hati
ini janji kami
kami tak akan buat kalian susah hati lagi!
No comments:
Post a Comment