Thursday, November 3, 2011

kahwin oh kahwin

entri ditulis semasa fikiran muda yang berumur 23 tahun ini celaru tentang jodoh dan perkahwinan..haha

aku tak tahu kenapa ibu sibuk benar suruh kahwin. logik akal 23 baru. ibu alang muda lagi. masih ada waktu untuk enjoy. bercuti dengan kawan -kawan. atau keluar makan Mcd bila balik teluk intan.
tapi ibu terus-terusan dengan agenda "KAHWIN" awalnya.

bingung atau lebih tepat blurr kenapa aku?

aku bukan tak nak tapi aku tak bersedia
aku bukan tak nak tapi calon aku tak da
aku bukan tak nak tapi aku tak pasti mereka yang ada tepat untukku
aku bukan tak nak tapi masih banyak perlu aku cari
aku bukan tak nak tapi aku tak pasti
aku bukan tak nak tapi aku perlu stabilkan diri

senang cakap aku takut dan tak tau

habis cerita aky cakap kat ibu nanti dulu
hatiku nak kejar dulu tuntutan dunia
baru ku fikir sempurnakan sebahagian agamaku
aku pun nak jadi isteri terbaik dari segalanya
aku juga mahu rebut nikmat syurga
aku juga mahu jadi isteri kepada suamiku di syurga

susahkan...

banyak lagi perlu di topup dalam diri
maaf zaman sekarang bukan cinta hakiki banyak sangat
jadi kena berhati-hati
bukan pesimis
cuma tidak mahu susahkan diri

jadi...

sabar masa itu akan tiba
ibu sabar

1 comment: